Journal of Economics and Policy merupakan penerbitan tahunan INTAN yang mengetengahkan isu berkaitan Ekonomi, Perniagaan, Kewangan dan Dasar Awam. Edisi keempat jurnal ini memaparkan empat artikel yang menyentuh isu penting dan terkini seperti: kesan daripada perubahan dalam kadar tukaran mata wang dan harga minyak ke atas inflasi; motivasi kerja dalam kalangan kadet PTD; kesan pandemik COVID-19 terhadap isi rumah berpendapatan rendah; dan pengurusan perubahan dalam sektor awam. Pada tahun ini, proses semakan telah dipertingkatkan lagi untuk memastikan penerbitan berkualiti tinggi dengan pengulas dilantik daripada ahli akademik pelbagai universiti seperti Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Putra Business School.
TAHUN : 2024
ISBN/ISSN : 0128 - 3324
JENIS KULIT : Kulit Lembut
JUMLAH MUKA SURAT : 318 m/s
Tiada ulasan lagi. Jadilah yang pertama mengulas produk ini.
